5 termasuk remaja 17 tahun ditahan terbabit promosi aktiviti persundalan 'Geng Miza Ozawa'

Umavathi Ramayah
Jun 14, 2024 17:17 MYT
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika sidang media khas Pengarah JSJ di Bukit Aman di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Lima individu termasuk dua pelakon video seks yang mempromosikan aktiviti persundalan di platform media sosial Telegram dengan bayaran antara RM450 dan RM550 bagi setiap kandungan ditahan pada 6 Jun lalu.

Ringkasan AI
  • Sebuah sindiket yang mempromosikan aktiviti persundalan melalui platform media sosial Telegram telah dibongkar, termasuk dua pelakon video seks.
  • Mereka dibayar antara RM450 dan RM550 untuk setiap kandungan yang dihasilkan, dengan sindiket tersebut menghasilkan pendapatan hingga RM20,000 sebulan.
  • Selain dari kandungan video lucah, sindiket ini juga mempromosikan produk dan ubat-ubatan berkaitan seks.

Berdasarkan siasatan, sindiket itu dilihat mampu meraih 'pendapatan' sehingga RM20,000 sebulan.
Selain video lucah, sindiket itu turut mempromosikan produk dan ubat-ubatan berkaitan seks.
Dalam video berkenaan, pelanggan juga dijanjikan perkhidmatan seks dengan bayaran tambahan seperti yang ditetapkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua termasuk seorang suspek berusia 17 tahun ditahan reman 14 hari.
"Dalam kes ini kita tahan lima individu iaitu seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Miza Ozawa. Semakan mendapati wanita ini mempunyai satu rekod jenayah membabitkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul ibu kandungan sendiri.
"Selain itu kita menahan seorang lelaki warga Indonesia (berusia 20 tahun) yang berperanan sebagai pembantu Miza Ozawa dan juga pelakon dalam video seks ini serta seorang wanita senegaranya, berusia 26 tahun yang juga dipercayai pelakon dalam video seks yang dihasilkan mereka.
"Dua lagi yang ditahan adalah seorang remaja wanita yang berusia 17 dan 12 tahun yang berperanan sebagai pembantu kepada Miza Ozawa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.
Lima termasuk kanak-kanak ditahan promosi persundalan
Mohd Shuhaily menjelaskan, video-video yang 'dijual' itu adalah kandungan asli yang dikeluarkan 'produksi' berkenaan dan jumlahnya berdasarkan permintaan.
"Ia tidak membabitkan video lucah dari luar negara atau membabitkan penglibatan orang ketiga, mereka sendiri melakukan yang menghasilkan dan mempromosikannya," ujarnya lagi.
Dalam serbuan itu, katanya, polis merampas wang tunai RM30,000, komputer riba dan pelbagai jenis telefon pintar.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks, Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana menyimpan bahan lucah, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963(Pindaan 2002), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
#Mohd Shuhaily Mohd Zain #aktiviti persundalan #perkhidmatan seks #Polis Diraja Malaysia #Geng Miza Ozawa'
;