ALOR GAJAH: Berpantang maut sebelum ajal. Itu pepatah yang sesuai dalam insiden lima sekeluarga cedera selepas kereta jenis Proton Wira dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang ketika melalui Jalan Hutan Simpan Masjid Tanah di sini petang tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah Penguasa Bomba Kanan II Zul Akhman Othman berkata dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang, kereta itu dinaiki sepasang suami isteri dan tiga anak mereka.
Beliau berkata pasangan itu cedera di kepala manakala kesemua anak mereka cedera ringan dan insiden tersebut turut membabitkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"BBP Masjid Tanah menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.40 petang sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian bersama enam anggota.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira berkenaan dihempap pokok kerana tidak sempat mengelak kerana ia tumbang secara tiba-tiba manakala kereta Honda Accord pula berada di atas pokok yang tumbang itu," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Zul Akhman berkata ketika bomba tiba di lokasi kejadian, kedudukan kereta Proton Wira menghala ke arah Masjid Tanah dari Sungai Udang manakala kereta Honda Accord pula dari arah bertentangan.
Beliau berkata semua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba dan lima sekeluarga itu dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan oleh orang awam serta ambulans.
Katanya pokok itu tumbang merintangi laluan dua hala di jalan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira tiga hingga empat kilometer.
Pokok itu dipercayai tumbang akibat hujan lebat.
Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan serta mengalih kedua-dua kenderaan bagi melancarkan aliran trafik mengambil masa kira-kira 45 minit dengan kerjasama orang awam dan anggota tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021
Semua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba dan lima sekeluarga itu dibawa ke hospital berhampiran. - Gambar JBPM
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Kereta terbakar akibat langgar lembu, 5 sekeluarga nyaris maut
Kesemua mangsa berusia tiga hingga 40 tahun berjaya diselamatkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.
5 sekeluarga maut dalam nahas pesawat
Juruterbang Otabek Oblokulov, isteri dan tiga anaknya yang berusia 3, 11 dan 15, maut apabila pesawat malang yang dinaiki mereka itu terhempas di kawasan hutan berhampiran Kingston.