5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan
Abd Razak Mohd Ali
Mei 11, 2022 07:13 MYT
Mei 11, 2022 07:13 MYT
KUALA KANGSAR: Lima mangsa rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan dua buah treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, selepas susur keluar Kuala Kangsar, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai nahas itu pada jam 12.52 pagi.
Menurutnya, nahas melibatkan sebuah kereta dan dua treler yang membawa muatan besi dan mozek.
Menurut jurucakap itu lagi, kereta dan treler berkenaan terbakar 90 peratus.
Katanya, terdapat lima mangsa di dalam kereta dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.
Dua pemandu treler dan seorang kelindan tidak mengalami kecederaan.
Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.