5 perkara yang boleh kita belajar dari Tragedi Christchurch

Astro Awani
Mac 22, 2019 15:09 MYT
Tragedi serangan pengganas di dua masjid di Christchurch minggu lalu, menyebabkan 50 orang kehilangan nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia.
Tragedi serangan pengganas di dua masjid di Christchurch minggu lalu, menyebabkan 50 orang kehilangan nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia.
Pembunuh, warga Australia kelahiran Dunedin, Brenton Harrison Tarrant, 28, dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menjadi perhatian dunia apabila bertegas bahawa suspek adalah pengganas.
Malah, beliau mengumumkan pengharaman penjualan senjata raifal dan separa automatik sebagai tindak balas terhadap kejadian serangan pengganas berkenaan.
Pasca seminggu kejadian, Ardern terus berusaha mengubati keperitan dan kelukaan umat Islam dengan bersetuju agar azan Jumaat disiar secara langsung di seluruh negara selain komuniti bukan Islam turut bertafakur sebagai tanda solidariti terhadap mangsa.
Justeru, ada lima perkara yang boleh kita belajar dari Tragedi Christchurch
1. Hentikan Islamophobia
Menurut Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, solidariti yang ditunjukkan komuniti New Zealand membuka mata masyarakat dunia bahawa kempen Islamophobia perlu dihentikan terutama kalangan media massa tertentu yang cuba membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.
BACA: Masyarakat dunia buka mata, tolak kebencian antara agama - Mufti Perlis
BACA: Serangan solat Jumaat: 'Wajah Haziq tersenyum'
2. Komuniti dan Perdana Menteri New Zealand jadi contoh
Tanpa mengharapkan publisiti, kerajaan New Zealand di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Jacinda Ardern bertindak segera dan berkesan dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas dengan serangan. Malah, dengan sistem yang dibina selama ini dan bersandarkan kepada teras kejujuran, komunitinya menunjukkan tanda solidariti bersama umat Islam tanpa mengira kaum, dan agama.
3. Dekatkan Islam dengan masyarakat
Upacara peringatan, solat Jumaat dan azan yang disiarkan secara langsung di New Zealand menjadi antara pendekatan awal dilakukan negara itu dalam mewujudkan kedamaian dan keamanan.
4. Mesej cinta dan kasih sayang
Khutbah Jumaat yang disampaikan semasa solat Jumaat di Christchurch turut disertai ribuan orang Islam dan bukan Islam, termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern yang hadir dengan mengenakan tudung.
5. Keganasan boleh berlaku di mana-mana
Tragedi serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch berlaku di negara yang boleh dikategorikan sebagai antara negara teraman di dunia. Malah, sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keganasan tidak mempunyai sempadan, dan sesiapa tidak akan tahu bila mereka akan menyerang.
#Australia #Islam #Mahathir Mohamad #Media #menteri #New Zealand #newzealandberkabung #Perdana Menteri
;