5 perkara penting dari sidang media Menteri Kanan Pertahanan

Fareez Azman
Ogos 3, 2020 15:29 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Task Force Operasi Pematuhan telah membuat 59,266 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam (2 Ogos 2020).
Itu antara yang disampaikan dalam sidang media berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
1) Peguam Negara akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di seluruh negara kecuali luar bandar dan bandar kecil tiada liputan internet.
2) 209 individu dikompaun kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3) PKPD secara Pentadbiran di empat mukim di Kedah akibat kluster Sivagangga diluluskan berkuat kuasa dari 3 sehingga 31 Ogos depan.
4) Seramai 7,000 penduduk di Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu), Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) akan di saring petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
5) Pelajar dari luar negara perlu memberi maklumat kepada Kementerian Luar sebelum pulang ke Malaysia. Pelajar luar negara dalam golongan B40 dikecualikan daripada membayar kos kuarantin selama dua minggu.
#Kanak Kanak #Kementerian Kesihatan #KKM #Kuala Lumpur #Kubang Pasu #Media #Menteri Kanan Pertahanan #Peguam Negara #Pelajar luar negara #PKP #PKPD #saman #saringan
;