5 perkara anda perlu tahu tentang sumbangan kewangan kepada MAKNA

Harits Asyraf Hasnan
Januari 29, 2016 07:42 MYT
MAKNA memberi perincian berkenaan agihan sumbangan yang disalurkan kepada organisasi itu - Gambar Fail
Majlis Kanser Nasional (Makna) membelanjakan kira-kira RM2 juta setiap bulan dalam usaha mencegah dan memerangi penyakit kanser di negara ini.
Secara purata, jumlah tersebut digunakan bagi tujuan membantu pesakit kanser di seluruh negara, mengadakan kempen kesedaran serta menjalin kerjasama penyelidikan kanser dengan institusi pengajian tinggi tempatan.
Namun, tahukah anda bagaimanakah sumbangan kewangan kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA) diagihkan?
Butiran berikut memberi gambaran jelas peratusan perbelanjaan perkhidmatan oleh MAKNA kepada pesakit serta orang awam:
Bagi setiap RM1.00:
43 sen - diperuntukkan kepada Program Bantuan Kewangan MAKNA, iaitu projek bantuan kewangan kepada pesakit kanser yang menghadapi masalah kewangan
24 sen - diperuntukkan kepada lain-lain program termasuk program Mamogram Mudah Alih Digital, kutipan derma, aktiviti sukarelawan dan lain-lain lagi
23 sen - dilaburkan dalam pembelian ubat-ubatan berkaitan kanser dan rawatan di Pusat Kanser UKMMC-MAKNA
8 sen - diasingkan bagi program kesedaran kanser dan aktiviti pendidikan
2 sen - disalurkan kepada penyelidikan kanser
Sumber: Majlis Kanser Negara (MAKNA)
#kanser #MAKNA #sumbangan
;