5 nahas 'hull loss' pesawat Boeing 777: Hanya satu di kawasan lautan

Abdul Rahman Rasid
Julai 31, 2015 17:42 MYT
Imej menunjukkan pesawat Boeing 777. - Gambar Hiasan
Penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion di selatan Lautan Hindi pada Khamis, 30 Julai, 2015 kini dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 lebih setahun lalu.
Pada 31 Julai, AFP melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi membuat pengesahan bahawa serpihan itu datang dari sebuah pesawat Boeing-777.
BACA: Jangan buat sebarang spekulasi - Tiong Lai
Mengapa pengesahan serpihan itu benar-benar dari Boeing 777penting dalam konteks misteri MH370?
Terdapat beberapa insiden melibatkan Boeing-777 direkodkan sejak pesawat ini mula-mula digunakan pada 1994. Daripada semua insiden-insiden ini, hanya lima yang berakhir dengan pesawat terbabit dianggap dilupuskan, juga dikenali sebagai 'hull loss'.
Daripada lima insiden itu, hanya satu kes direkodkan yang melibatkan pesawat Boeing-777 hilang di kawasan lautan.
#777 #Boeing #Boeing-777 #debris #flaperon #hull loss #infographics #MH370 #reunion
;