5 maut, 20 cedera dalam insiden amuk di kafe Belgrade

Agensi
Julai 2, 2016 18:28 MYT
Serangan berlaku tengah hari Sabtu di bandar Zrenjanin, kira-kira 50 kilometer dari Belgrade.
Lima maut manakala 20 lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah kafe di utara Serbia.
Serangan berlaku tengah hari Sabtu di bandar Zrenjanin, kira-kira 50 kilometer dari sini.
Menurut pasukan keselamatan, lelaki berkenaan menembak isteri dan anaknya terlebih dahulu sebelum mula menembak pengunjung kafe itu secara rambang.
Laporan media tempatan melaporkan lelaki itu sudah bercerai.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan serangan adalah bermotifkan rasa tidak puas hati akibat penceraiannya.
Beberapa pengunjung kafe itu kemudiannya berjaya merampas senjata lelaki tersebut ketika dia cuba melarikan diri.
#kafe di belgrade #tembak pengungung kafe #tembakan rambang #Zrenjanin
;