5 laporan polis sensasi oleh Rani Kulup setakat ini, #PokemonGo salah satu

Nizam Bakeri
Julai 27, 2016 19:10 MYT
Rani Kulup pernah mengumumkan untuk 'berehat' daripada membuat laporan polis selepas ditahan polis berikutan gelaran Datuk oleh 'Sultan Melaka' - Foto fail
Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan laporan polis.
Sejak tahun 2011, Rani dilaporkan telah membuat lebih 1,000 laporan polis dalam pelbagai isu terutamanya yang melibatkan agama Islam, Melayu, dan institusi beraja.
Berikut lima laporan sensasi Rani yang telah mencuri tumpuan dan menjadi perbualan netizen:
MAIWP gagal bayar tuntutan - 3 Disember 2013
Laporan polis dibuat terhadap Unit Pembangunan Ummah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Rani sebagai Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) mendakwa MAIWP gagal bayar tuntutan oleh sebuah program tazkirah.
Alasan MAIWP bahawa tuntutan tersebut dikemukakan terlalu hampir dengan tarikh program disifatkan Rani sebagai ‘tidak munasabah’.
Cadbury halal atau haram? - 4 Jun 2014
MJMM buat laporan polis berikutan kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai status halal coklat Cadbury.
“Sekejap halal, sekejap haram, mana satu yang betul ni?” soal Rani berikutan isu coklat mengandungi DNA babi.
VIDEO: Kronologi isu produk Cadbury: Sekejap haram...kemudian halal
VIDEO: Pegawai JAKIM sedia makan coklat Cadbury
VIDEO: Strategi Cadbury untuk kembali yakinkan pengguna
Tangguh kenaikan tol - 15 Oktober 2015
Rani mengemukakan laporan polis terhadap 18 syarikat konsesi tol yang mengenakan kadar baharu di beberapa lebuhraya terutamanya di Selangor.
“Saya mewakili semua rakyat Malaysia berharap kenaikan kadar tol dapat ditangguhkan kerana ia akan menambah beban rakyat,” tegas Rani yang turut dikenali sebagai ‘Ayahanda Arka’.
Fenomena dua matahari - 29 Oktober 2015
Gambar fenomena dua matahari yang tersebar di Whatsapp dan media sosial turut mendapat perhatian Rani Kulup.
Rani meminta pihak polis melakukan siasatan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi dan JAKIM.
Gesa haram Pokemon GO - 27 Julai 2016
Permainan Pokemon GO yang mencetus fenomena antarabangsa dilihat Rani sebagai melalaikan dan mampu mencetuskan gejala sosial dalam kalangan remaja.
“Otak mereka akan penuh dengan kartun. Nanti semua orang di Malaysia jadi kartun,” tegas Rani yang pernah muncul dalam filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi yang muncul di layar perak Mac lalu.
VIDEO: Kegilaan Pokemon Go sehingga ke tanah perkuburan
VIDEO: Kempen selamatkan kanak-kanak Syria melalui Pokemon Go
VIDEO: Pokemon Go: Menteri bagi, Mufti saran haram
#Abdul Rani Kulup #Kini Trending #Pokemon GO #rani kulup
;