5 cedera kemalangan libatkan basikal, lori, kereta

Abd Razak Mohd Ali
Mac 13, 2021 11:38 MYT
Anggota Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
BAGAN SERAI: Lima orang cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan masing-masing sebuah basikal, lori dan kereta di Parit Jalan Taiping, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang cedera terdiri daripada tiga lelaki, termasuk penunggang basikal dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Aviva.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 5.24 petang.
“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan serta sebuah basikal berlanggar menyebabkan seorang pemandu lori tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Menurut jurucakap itu lagi, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans serta pasukan khas EMRS bomba untuk tindakan selanjutnya.
#Lima orang cedera #Taiping #kemalangan #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #Bagai Serai #cedera #bomba #kemalangan Perak