GEORGE TOWN: Empat anggota polis berpangkat lans koperal dan koperal direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah daripada seorang individu di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan.
Keempat-empat anggota dari Balai Polis Sungai Bakap itu didakwa telah meminta wang RM1,000 daripada seorang individu sebagai balasan untuk tidak diambil tindakan berhubung rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan ujian saringan dadah.
Koperal tersebut berusia 31 tahun, manakala tiga lans koperal berusia 26, 30 dan 33 tahun direman sehingga 17 Julai.
Kesemua mereka ditahan sepasukan anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang dalam operasi pada Rabu.
Mengikut sumber SPRM, keempat-empat anggota polis itu telah menahan seorang lelaki di sekitar kawasan parkir kereta Pangsapuri Sungai Bakap pada jam 2 pagi, 3 Julai lalu.
Salah seorang daripada mereka telah meminta wang rasuah berjumlah RM1,000 daripadanya dan kesemua anggota polis berkenaan telah bersetuju untuk menerima wang rasuah pada 12 Julai.
Lanjutan daripada aduan, satu operasi telah dijalankan dan berjaya menahan keempat-empat anggota berkenaan selain merampas wang perangkap tersebut.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab di Mahkamah Majistret Georgetown selepas permohonan reman dilakukan SPRM.
Dalam kes berlainan, seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut direman empat hari untuk membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM2,500.
Anggota polis berusia 30 tahun tersebut didakwa meminta wang tersebut bagi menyelesaikan kes berkaitan narkotik pada jam 4.30 petang, 11 Julai lalu.
Mengikut sumber SPRM, pada tarikh tersebut seorang orang awam telah berjumpa dengan anggota polis tersebut berhubung kes melibatkan adik kandungnya yang terlibat dengan kes dadah.
Suspek meminta wang tersebut sebagai balasan untuk menyelesaikan kes ujian saringan air kencing yang sedang disiasat oleh suspek.
Suspek ditahan pada 12 Julai bersama wang yang diminta dalam operasi perangkap oleh SPRM.
Nur Melati mengeluarkan perintah reman bermula Rabu hingga 16 Julai ini selepas permohonan dilakukan SPRM.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 13 2023
Kesemua mereka ditahan sepasukan anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang dalam operasi perangkap pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
Ribuan warga Perancis protes parlimen gantung di Paris
Ia susulan pakatan berhaluan kiri cipta keputusan mengejutkan, memperoleh kerusi paling banyak dalam pilihan raya Perancis.
Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu.
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis
Pengundi DUN Sungai Bakap tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu esok kerana keadaan keselamatan berada di tahap paling baik.
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam
Fathimath Shamnaz Ali Saleem dan dua individu lain ditahan pada Ahad di ibu negara Male dan direman selama tujuh hari.
Polis tumpas geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin, rampas barangan lebih RM4 juta
Tangkapan itu susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara yang kerugian kira-kira RM7 juta pada 31 Mei lepas.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV
Mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek.
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.