5,000 peserta jayakan Malaysia #QuranHour di Putrajaya

Harits Asyraf Hasnan
Jun 19, 2017 15:12 MYT
Lebih 5,000 peserta berkumpul menjayakan program Malaysia #QuranHour yang bermula tepat jam 12 tengah hari tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Lebih 5,000 peserta berkumpul menjayakan program Malaysia #QuranHour yang bermula tepat jam 12 tengah hari tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli surah al-Baqarah oleh Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat.
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan 24 surah oleh 24 tokoh seperti Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Pencetus Ummah Amin, Azmi Saat dari Caliph Buskers dan Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.
Berangkat sama dalam majlis penuh bersejarah ini ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Turut menjayakan program Malaysia #QuranHour adalah wakil dari agensi, pelajar sekolah, kolej serta orang awam.
#malaysia quran hour #Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin #quran hour #Sultan Nazrin Shah #Sultan Perak
;