4IR ke arah keselamatan makanan negara
Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff
Jun 2, 2021 18:20 MYT
Jun 2, 2021 18:20 MYT
BIDANG keselamatan makanan nasional merupakan tonggak yang sangat penting dalam strategi keseluruhan pembangunan negara melalui hubungan timbal balik dengan bidang sosio ekonomi yang lain.
Strategi keselamatan makanan negara yang berkesan akan mewujudkan ketersediaan dan kemampuan, seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan keseluruhan isi rumah.
Di pihak kerajaan pula, sebahagian besar peruntukan negara boleh disalurkan kepada sektor lain yang lebih memerlukan.
Kita memahami bahawa salah satu ciri unik Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) adalah kecekapan yang dapat dicapai membabitkan seluruh industri.
Industri pertanian adalah antara sektor yang akan mendapat manfaat besar dari 4IR. Menerusi ‘kuasa’ 4IR, ia mampu menguruskan isu keselamatan dan jaminan makanan kepada rakyat dengan lebih tersusun serta mengurangkan tekanan terhadap sumber yang dimiliki.
Beberapa ciri teknologi kini telah menjadi kebiasaanya yang digunakan dalam sektor pertanian malah boleh dikatakan ia telah diubah dalam tempoh yang singkat oleh teknologi 4IR.
Ini menyebabkan para petani generasi awal berdepan kesukaran untuk membiasakan diri memandangkan mereka sudah terbiasa dengan kaedah pertanian tradisional seperti ladang yang luas dan menggunakan tenaga buruh yang ramai.
4IR boleh dilihat sebagai keperluan mendesak untuk keselamatan makanan.
Oleh hal yang demikian, maka tidaklah menghairankan apabila negara-negara yang ke hadapan dalam bidang food security seperti Finland, Ireland, Belanda, Jerman, Jepun, Singapura dan Korea Selatan telah lama meningkatkan keupayaan teknologi untuk berkhidmat kepada rakyatnya menerusi "Society 5.0" versi masing-masing. Ini merangkumi kemampuan untuk menyediakan sumber makanan kepada rakyatnya.
Analisis yang lebih terperinci membabitkan negara-negara terkemuka ini menerusi Indeks Keselamatan Makanan Sedunia atau Global Food Security Index (GFSI) menunjukkan bahawa kumpulan ini menumpukan usaha untuk meningkatkan teknologi pertanian dan makanan dengan memberi keutamaan terhadap pertanian berteknologi tinggi, kemampuan kejuruteraan dan prinsip ekonomi sebagai tonggak strategi keselamatan makanan nasional.
Antara trend lain di negara berkenaan membabitkan sektor ini termasuklah menjadikan keselamatan makanan sebagai keutamaan paling penting oleh pentadbiran serta membuat pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi pertanian dan memberi tumpuan tumpuan khusus kepada petani kecil dan pengusaha teknologi pertanian tempatan melalui pembiayaan inovatif, skim insentif dan menghubungkan dengan rangkaian e-dagang yang luas.
Sehubungan itu, memiliki strategi keselamatan makanan nasional yang jelas merupakan salah satu syarat yang paling penting agar semua elemen keselamatan makanan yang lain dapat disatukan dengan baik.
Menyedari keselamatan makanan merupakan isu nasional dan bukan sekadar peraturan yang diperkenalkan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebenarnya turut mempunyai konsep yang terbukti berkesan dalam sektor pertanian.
Penerapan percubaan oleh MDEC terhadap teknologi pertanian 4IR sangat berjaya yang melibatkan pelbagai aktiviti pertanian seperti fertigasi pintar, penyemburan halus secara kabus pintar, akuakultur pintar, perternakan ayam pintar, pengairan pintar dan pemantauan tanah pintar.
MDEC melihat teknologi pertanian ini telah meningkatkan produktiviti, kualiti dan pendapatan petani kecil lebih dari 20 peratus.
Sebilangan besar petani menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan berjaya membawa hasil mereka ke pasaran.
Meletakkan agenda ini pada landasan yang tinggi akan menghasilkan "strategi keseluruhan kerajaan” (A whole-of-government strategy) membabitkan keupayaan bersama oleh semua kementerian dan agensi.
Tidak wujud persaingan yang tidak sihat dan hanky panky kerana semua pemain dalam ekosistem keselamatan makanan bekerjasama.
Usaha bersepadu ini menghasilkan penguatkuasaan peraturan yang berkesan, mewujudkan keseluruhan ekosistem termasuk sokongan oleh pengeluar, para akademik, bidang penyelidikan dan pembangunan, pembuat dasar dan juga pengguna.
Kita harus belajar dari sejarah negara lain serta melihat keadaan semasa. Negara-negara lain telah mengambil langkah penting untuk menjamin keselamatan makanan nasional mereka sementara Malaysia pula mencapai skor sifar dalam petunjuk keselamatan makanan dan dasar di bawah GFSI 2020.
Oleh itu, sudah tiba waktunya untuk Malaysia mempunyai pendekatan menyeluruh dan strategi holistik oleh kerajaan bagi menjadikan keselamatan makanan sebagai keutamaan penting.
Hasil dari projek perintis Digital Agtech oleh MDEC telah memperlihatkan keupayaan teknologi digital dan automasi dalam pertanian.
Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk peningkatan teknologi. Kita dapat melepasi versi agri-tech Industry 4.0 dan memasuki "agtech" yang juga dicadangkan di bawah Malaysia 5.0 yang diilhamkan berdasarkan Society 5.0 negara Jepun.
Visi Malaysia 5.0 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sangat bersepadu dengan teknologi, ditabdir oleh prinsip dan amalan eco-vironmental yang inklusif dan adil.
Dalam masa terdekat, platform fintech dan perdagangan yang inovatif seperti platform pasar peer-to-peer (p2p) berasaskan blockchain boleh dipertimbangkan untuk menyokong petani kecil dengan meminimumkan peranan orang tengah (jika tidak dibanteras sepenuhnya) dan memastikan harga terbaik untuk pengguna dan margin yang lebih tinggi untuk petani.
Teknologi serupa harus digunakan untuk tanaman lain di Malaysia terutamanya padi. Walaupun kita merupakan pengguna beras utama, Malaysia hanya berupaya menghasilkan sekitar 70 peratus dari permintaan domestiknya manakala selebihnya diimport.
Sebenarnya, tahap keupayaan pengeluaran beras negara telah menurun sedikit dari 70 peratus pada 2018 kepada 69 peratus pada 2019. Krisis global seperti pandemik COVID-19 telah menunjukkan negara kita rentan terhadap isu keselamatan makanan apabila aktiviti perdagangan makanan ruji ini turut tenganggu.
Oleh itu, selain menjangkaui gagasan keselamatan makanan (dicapai melalui suplemen import) kepada kepuasan diri sebenar (sekurang-kurangnya untuk makanan ruji, ternakan utama dan akuakultur untuk keselamatan negara yang jelas), terdapat pasaran dan trend yang cukup besar dan menaik yang akan digunakan.
Kemajuan teknologi adalah cara yang tidak dapat dielakkan menuju ke hadapan. Sekarang masanya kita untuk bertindak ke arah food safety, food security and food sovereignty.
* Datuk Wira Dr Rais Husin Mohammed Ariff ialah Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
#Kolumnis AWANI
#Revolusi Perindustrian 4 0
#keselamatan makanan nasional
#Indeks Keselamatan Makanan Sedunia
#Global Food Security Index
#Rais Husin
#MDEC
#Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia