48 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN

Bernama
Disember 27, 2021 15:17 MYT
Acyrl Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.
"Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita manakala di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Sementara itu mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
-- BERNAMA
#Banjir 2021 #mangsa korban #Ketua Polis Negara #Acryl Sani
;