48 ditahan kes bogel 'All Out' di kem motivasi di Bentong
Astro Awani
Januari 22, 2017 16:23 MYT
Januari 22, 2017 16:23 MYT
Seramai 48 individu ditahan kerana terlibat program motivasi yang melibatkan tindakan berbogel di kawasan terbuka anjuran sebuah syarikat di padang permainan di sebuah pusat peranginan di sini, semalam.
Sebanyak 39 daripadanya merupakan peserta program yang terdiri daripada lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun.
Sementara baki sembilan individu yang ditahan merupakan wakil syarikat terbabit.
Daripada 39 peserta terlibat, 23 daripadanya dipercayai pelajar.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata polis bertindak menyerbu selepas menerima panggilan daripada orang awam.
"Selepas menerima laporan, kita membuat intipan dan mendapati mereka melakukan aktiviti itu di kawasan padang dalam pusat peranginan terbabit.
"Siasatan mendapati mereka menjalankan permainan "All Out" yang memerlukan peserta membuat garisan panjang menggunakan peralatan yang ada pada badan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.