47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja
Rohana Wahed
Februari 7, 2019 22:11 MYT
Februari 7, 2019 22:11 MYT
Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian.
Berdasarkan maklumat, 44 yang ditahan itu berasal dari Sarawak dan berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Kesemua mereka berlepas ke Kemboja pada 9 Disember dan ditahan pada 11 Disember di sebuah rumah di Poipet, Banteay Mancheay di pinggir Phnom Penh.
Menurut Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, urusan pengambilan dan penghantaran mangsa diuruskan sebuah agensi yang menjanjikan gaji sehngga AS$1,500 (RM6,115), dan sebagai cagaran mereka perlu membayar AS$200 (RM815).
“Kebanyakan mereka masih muda, dalam lingkunan 18 hingga 20 tahun dan telah dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan oleh sindiket penipuan ini.
“Apabila mereka tiba di Kemboja, mereka ditempatkan di sebuah kediaman persendirian, dan selepas beberapa minggu mereka tidak diberikan pekerjaan dan mereka mula resah.
“Mereka kemudian ditahan polis pula atas kegiatan perjudian dalam talian yang mana mereka nafi terlibat,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, salah seorang mangsa yang ditahan di Kemboja dikenal pasti sebagai Yusuf Islam, berusia 21 tahun.
Menurut ibunya, Zunita Sedini, 42 tahun, beliau berharap anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
“Dia ada hubungi saya, kali terakhir dia kata mummy saya kena tahan dua minggu lepas kena. Itu sahaja.
Dia tak ada bagitahu tolong kami 47 orang yang ditahan . Dia hubungi saya sekitar 7 malam dan kami berbual lima minit sahaja.
Sehubungan itu Zunita memohon campur tangan kerajaan untuk membawa pulang kesemua mangsa penipuan itu.
#Ahli Parlimen Julau
#Larry Sng
#pekerjaan
#penipuan
#perjudian dalam talian
#Phnom Penh
#sindiket judi
#warga Malaysia