448 projek baik pulih infrastruktur, rumah anggota ATM siap akhir tahun ini - Mohamad Hasan

Bernama
Julai 27, 2023 18:46 MYT
Mohamad berkata pihaknya memberi keutamaan kepada kerosakan yang kritikal pada infrastruktur dan rumah anggota ATM di seluruh negara. - Gambar/ Bernama
PORT DICKSON: Sebanyak 448 projek baik pulih serta penyelenggaraan bangunan uzur dan rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dilaksanakan menerusi peruntukan tambahan RM200 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya memberi keutamaan kepada kerosakan yang kritikal pada infrastruktur dan rumah anggota ATM di seluruh negara.
"Kita akan naik taraf antaranya atap bocor, masalah bekalan air dan sebagainya yang kita kira kritikal," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kem dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera bagi Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja dan Army Red Warrior di Mukim Sri Rusa di sini, hari ini.
Kita juga mohon Kementerian Kewangan untuk longgarkan syarat bagi memudahkan proses menjalankan projek ini. Ini supaya projek ini dapat siap menjelang akhir tahun ini, " katanya.
#Mohamad Hasan #rumah anggota ATM #peruntukan tambahan #Anwar Ibrahim
;