44 kes positif, Melaka Tengah daerah terbaharu dikategori zon merah

Astro Awani
April 11, 2020 12:24 MYT
Selain Melaka Tengah, dua lagi daerah yang diklasifikasikan sebagai zon merah adalah Alor Gajah (28 kes); dan Jasi (61 kes), menjadikan jumlah keselurah kes di negeri itu adalah 133 kes. - Gambar BERNAMA
Daerah Melaka Tengah, Melaka menjadi kawasan terbaharu yang dikategorikan sebagai zon merah COVID-19, ia menjadikan jumlah keseluruhan zon tersebut meningkat kepada 26 kawasan di seluruh negara setakat 12 tengah hari Jumaat.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), daerah tersebut mencatatkan 44 kes positif pandemik tersebut.
Selain Melaka Tengah, dua lagi daerah yang diklasifikasikan sebagai zon merah adalah Alor Gajah (28 kes); dan Jasin (61 kes), menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu adalah 133 kes.
Daerah Lembah Pantai (Kuala Lumpur) kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dengan 427 kes, diikuti Hulu Langat dan Petaling (Selangor) masing-masing 368 dan 328 kes.
Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Terdapat penambahan zon merah menjadi 26 mengikut statistik terbaru sehingga 12pm, 10 April. Daerah zon merah yang terbaru ialah Melaka Tengah. Terus duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri. pic.twitter.com/GTuv7kj7Eg

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Alor Gajah #COVID-19 #CPRC #Hulu Langat #Kementerian Kesihatan #KKM #Kuala Lumpur #Melaka Tengah #Petaling #Zon merah COVID-19