43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah

Ridauddin Daud
November 15, 2023 12:30 MYT
Fuziah turut mengharapkan Menu Rahmah ini dapat berterusan meskipun tanpa bajet daripada kerajaa dan hanya berdasarkan kepada kerjasama rakan strategi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah diterima sejak inisiatif itu mula dilancarkan pada 2 November lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
“Kita buka kepada pendaftaran baharu yang menawarkan Menu Rahmah untuk mendapat insentif kad diskaun ini.
“Ada enam pasaraya yang terlibat dan mereka menawarkan diskaun sehingga 40 peratus. Ada SKU (stock keeping unit) beratus, ada SKU berpuluh,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mengenai status Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Dalam pada itu, Fuziah turut mengharapkan Menu Rahmah ini dapat berterusan meskipun tanpa bajet daripada kerajaa dan hanya berdasarkan kepada kerjasama rakan strategi.
“Diharapkan Menu Rahmah dapat berterusan tanpa bajet daripada kerajaan tapi dengan kerjasama rakan strategi kita.
“Sekarang ini, ada enam pasaraya. Insya-Allah akan bertambah dan kita harapkan dapat memastikan kelangsungan Program Menu Rahmah ini,” katanya.
#Fuziah Salleh #Menu Rahmah #kad diskaun #kpdn
;