PUTRAJAYA:Sebanyak 40 syarikat produksi menerima surat tawaran Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) yang keseluruhannya bernilai RM13.927 juta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, DKD bertujuan membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat impak pandemik COVID-19.
Beliau berkata, selain itu, objektif DKD ialah menjana semula ekonomi industri kreatif tanah air melalui kerjasama dengan pihak swasta membabitkan stesen televisyen dan penyiaran tempatan selain memperbanyakkan pemilikan Hak Cipta Kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan di masa hadapan.
"Saya berharap agar semua penerima DKD ini dapat menghasilkan karya kreatif yang berkualiti sekali gus merancakkan semula industri ini sejajar dengan matlamat kita bersama untuk ke persada antarabangsa," katanya dalam majlis penyerahan surat tawaran PELAKSANA DKD Sesi 1 2020 yang berlangsung secara maya hari ini.
Turut hadir Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Saifuddin berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Finas sentiasa menyokong dan membantu penggiat industri terutama melalui inisiatif PELAKSANA yang bertujuan memastikan industri kreatif terus berkembang walaupun terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
Justeru, beliau berkata, setiap penggiat harus mengambil peluang yang telah diberikan bagi memajukan lagi industri perfileman negara.
Saifuddin juga berharap dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dilancarkan tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM550 juta untuk DKD bagi merancakkan industri kreatif termasuk filem, muzik dan animasi. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020
![40 syarikat produksi terima DKD berjumlah RM13.9 juta daripada Finas 40 syarikat produksi terima DKD berjumlah RM13.9 juta daripada Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604205307_saifuddinabdullah.jpg)
Dana Kandungan Digital (DKD), kata Saifuddin, bertujuan membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat impak pandemik COVID-19. - Gambar fail
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Perlu lesen gajikan pelakon kanak-kanak, lebih 73 peratus syarikat tidak tahu - DOSM Perlu lesen gajikan pelakon kanak-kanak, lebih 73 peratus syarikat tidak tahu - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708329390_BabyFeet.jpg)
Perlu lesen gajikan pelakon kanak-kanak, lebih 73 peratus syarikat tidak tahu - DOSM
Kira-kira 73.13 peratus syarikat yang terlibat dalam filem dan drama tidak tahu mengenai keperluan mendapatkan Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda.
![97.78 peratus syarikat produksi tidak mencarum KWSP 97.78 peratus syarikat produksi tidak mencarum KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708314161_TBMohdUzirjpg.jpg)
97.78 peratus syarikat produksi tidak mencarum KWSP
Menurut Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama, hanya 2.22 peratus syarikat produksi berbuat demikian.
![Syarikat produksi gagal jelaskan tuntutan geran Finas bakal disenarai hitam Syarikat produksi gagal jelaskan tuntutan geran Finas bakal disenarai hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681537408_ProgramCahayaRamad.jpg)
Syarikat produksi gagal jelaskan tuntutan geran Finas bakal disenarai hitam
Individu dan syarikat produksi yang gagal menjelaskan semula tuntutan dana geran Finas akan disenaraihitamkan daripada menerima sebarang bantuan agensi itu pada masa akan datang.
![Iskandar Malaysia Studios terima lebih banyak penggambaran asing Iskandar Malaysia Studios terima lebih banyak penggambaran asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653132227_KetuaPegawaiEkseku.jpg)
Iskandar Malaysia Studios terima lebih banyak penggambaran asing
Dari sudut kapasiti, IMS mempunyai kelengkapan yang baik untuk menjalankan beberapa produksi secara serentak.
![Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51596447075_AHMADIDHAM.jpg)
Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.
![Finas tawar dana kepada syarikat produksi tempatan bagi tingkatkan kandungan kreatif Finas tawar dana kepada syarikat produksi tempatan bagi tingkatkan kandungan kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616982034_FINAS.jpg)
Finas tawar dana kepada syarikat produksi tempatan bagi tingkatkan kandungan kreatif
Tawaran dana itu juga berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.
![Pakar paleontologi dilantik kaji kerosakan fosil Gua Matsoorat Pakar paleontologi dilantik kaji kerosakan fosil Gua Matsoorat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617426845_Rumaizi.jpg)
Pakar paleontologi dilantik kaji kerosakan fosil Gua Matsoorat
Laporan kajian daripada pakar itu diperlukan sebelum tindakan lanjut termasuk tuntutan jumlah kerugian dibuat terhadap syarikat produksi yang terlibat.
![Menyamar dan meminta rasuah, penganggur direman selama lima hari Menyamar dan meminta rasuah, penganggur direman selama lima hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617343757_penganggurrasuah.jpg)
Menyamar dan meminta rasuah, penganggur direman selama lima hari
Suspek telah menyamar sebagai pegawai khas kepada seorang 'timbalan menteri' daripada sebuah kementerian dan meminta rasuah daripada syarikat produksi berkenaan.
![Kerosakan Gua Matsoorat: Perak teliti kenakan penalti atau kos pemuliharaan Kerosakan Gua Matsoorat: Perak teliti kenakan penalti atau kos pemuliharaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617251091_NoleeAshilinMohamm.jpg)
Kerosakan Gua Matsoorat: Perak teliti kenakan penalti atau kos pemuliharaan
Perkara itu masih dalam perbincangan kerana beberapa pakar sedang meneliti kerosakan yang berlaku dan bagaimana untuk memuliharanya.
![Gua Matsoorat: FINAS akan kaji semula pengeluaran lesen penggambaran Gua Matsoorat: FINAS akan kaji semula pengeluaran lesen penggambaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616777140_kerosakanGuaMatsoo.jpg)
Gua Matsoorat: FINAS akan kaji semula pengeluaran lesen penggambaran
FINAS akan menilai semula pengeluaran lesen SPP ekoran dakwaan berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun itu.