4 pelajar tahfiz di Datuk Keramat hilang sejak Selasa

Umavathi Ramayah
Oktober 10, 2024 17:54 MYT
Kesemua mereka berusia antara 10 dan 12 tahun belum pulang ke pusat tahfiz itu sehingga kini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini hilang selepas keluar dari pusat itu, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kesemua mereka berusia antara 10 dan 12 tahun belum pulang ke pusat tahfiz itu sehingga kini.
“Setakat ini mereka masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mohamad Lazim memberitahu, polis membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan siastan lanjut masih dijalankan berhubung kes itu.
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kehilangan empat kanak-kanak penghuni tahfiz terbabit sejak Rabu.
Menerusi hantaran itu, kejadian disedari penjaga kira-kira pukul 10.30 malam dan sehubungan itu, keluarga meminta orang ramai membantu mengesan mereka .
#pelajar tahfiz #kanak-kanak hilang #Datuk Keramat #Tular
;