Pemilihan UMNO 2013 bulan depan menyaksikan lebih empat juta kertas undi dikeluarkan bagi pemilihan jawatan utama Majlis Tertinggi(MT) parti melibatkan Timbalan Pengerusi Tetap, tiga Naib Presiden dan 25 anggota MT.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusof berkata kertas undi berkenaan akan diasingkan mengikut jumlah perwakilan bahagian dan dihantar dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia ke tempat pemilihan.
"Seterusnya kertas undi itu akan disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah di bahagian masing-masing dan kemudiannya diedarkan untuk pemilihan, jangan risau tentang ketirisan kertas undi," katanya berucap pada sesi post-mortem Simulasi Pemilihan Umno 2013 di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik di sini, Ahad.
Beliau berkata kertas undi berlainan warna bagi setiap jawatan itu mempunyai 18 ciri keselamatan dan dilengkapi ciri keselamatan sinaran lampau ungu yang boleh mengesan kertas undi palsu.
Keseluruhannya, kira-kira 14.6 juta kertas undi akan dikeluarkan berdasarkan jumlah perwakilan dan jawatan yang dipertandingkan pada peringkat pusat dan ketiga-tiga sayap serta bahagian di seluruh Semenanjung dan Sabah.
Selain itu, UMNO juga menyediakan 2,000 unit mesin pengira kertas undi untuk diagihkan ke setiap bahagian dan 100 peti undi di setiap bahagian, selain 320 bakul untuk proses mengira undi.
Ab Rauf berkata 206 petugas ibu pejabat Umno akan ditugaskan di setiap bahagian bagi membantu proses pengundian dan pengiraan undi.
Katanya UMNO akan mencetak buku yang memaparkan gambar calon bertanding peringkat MT selepas 7 Okt, iaitu tarikh senarai muktamad calon dikeluarkan, untuk dibekalkan kepada semua perwakilan.
Bagi memastikan mesyuarat perwakilan dan pemilihan diseragamkan, ibu pejabat UMNO akan menyediakan transkrip ucapan Pengerusi Tetap dan teks bacaan doa.
Beliau berkata 35,000 sukarelawan akan terlibat bagi mengendalikan pemilihan UMNO yang menggunakan sistem pemilihan baharu, yang pertama kali diadakan, berikutan pindaan perlembagaan pada 2009.
Setakat ini, 33,682 calon akan bertanding dan daripada jumlah itu, 260 calon bertanding di peringkat pusat termasuk MT iaitu 76 calon, Wanita (51), Pemuda (94) dan Puteri (38) manakala selebihnya di peringkat bahagian.
Pemilihan UMNO kali ini akan turut menyaksikan 146,000 perwakilan, diberi peluang mengundi melalui mekanisme pengiraan yang mengadaptasi sistem 'Electoral College'.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan Exco sayap pusat diadakan serentak pada 12 Okt.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan di peringkat Bahagian dan MT diadakan serentak pada 19 Okt.
Bernama
Sun Sep 29 2013


Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Pemilu 2024: Ekspresi wajah lucu pelawak di kertas undi jadi tular
NAMA pelawak senior Indonesia, Komeng menjadi buah mulut sejak Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang berlangsung 14 Februari lalu.

Pamer kertas undi, Sanusi akan dipanggil rakam keterangan - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan berkaitan kejadian tersebut dijalankan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRN: Tunjuk kertas undi dipangkah adalah salah - KPN
Razarudin berkata, polis akan menjalankan siasatan sekiranya ada pihak tampil membuat laporan polis terhadap kes terbabit.

PRN: "Itu bukan bahan kempen kami" - Calon PH Seberang Jaya
Johari Kassim menafikan cetakan kertas seakan-akan kertas undi yang dikatakan diedarkan di khemah milik PH berhampiran pusat pengundian adalah bahan kempen milik mereka.

PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan
Calon PN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai.

PRU15: Tular gambar kertas undi, anak muda langgar peraturan demi 'content'?
Ada yang tidak bertanggungjawab, mengambil gambar kertas undi dan memuat naiknya ke laman sosial.

Trump dakwa Demokrat cuba tipu proses pilihan raya presiden
Trump beberapa minggu ini memilih untuk menimbulkan keraguan terhadap sistem pengundian AS, sehingga enggan komited kepada satu pertukaran kuasa secara aman sekiranya beliau kalah.

Lebih separuh calon PRN Sabah hilang deposit
DUN Bengkoka menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan.

PRN Sabah: Pengundi pos jangan tular kertas undi di media sosial - SPR
Pengundi pos diingatkan agar segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi.