38 kilang di Pasir Gudang diambil tindakan
Fareez Azman
Jun 27, 2019 19:45 MYT
Jun 27, 2019 19:45 MYT
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil tindakan terhadap 38 premis industri di Pasir Gudang setakat ini.
Menurut Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar, ia melibatkan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Tindakan tegas yang diambil merangkumi 27 kompaun berhubung buangan terjadual, efluen perindustrian (10 kompaun), bilangan notis arahan (tiga notis) dan perintah tahan operasi sebanyak tiga arahan," katanya dalam sidang media di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada Khamis.
Bagaimanapun, jelasnya, tindakan berterusan dan pemantauan JAS akan diteruskan di daerah itu.
Mengenai radius pemantauan pencemaran udara pula, Mohd Khuzzan berkata ia kini telah dikurangkan daripada 15km kepada 13km oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Tambahnya, sehingga kini, tahap kualiti udara di daerah itu berada dalam keadaan baik.
#Jabatan Alam Sekitar
#Khuzzan Abu Bakar
#Pasir Gudang
#pasir gudang air pollution
#pencemaran alam sekitar
#pencemaran udara