375 individu ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin pada 2 Ogos
Astro Awani
Ogos 2, 2021 17:57 MYT
Ogos 2, 2021 17:57 MYT
Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,675 anggota telah melaksanakan 74,527 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 2 Ogos:
1) Gagal patuh SOP, 34 premis diarahkan tutup serta merta.
2) 375 individu ditahan ingkar SOP, 348 dikompaun, 27 direman.
3) Op Benteng menahan seramai 40 pendatang tanpa izin (PATI) serta merampas tiga buah kenderaan darat.
4) Pada 31 Julai, sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan.
5) Seraai 888 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada 31 Julai, dan semuanya dikuarantin.