JERTIH: Sebanyak 360 premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dikenal pasti berisiko terjejas teruk sekiranya berlaku banjir besar di Terengganu.
Pengarah Kemas Terengganu Dr Faridah Mat berkata bilangan itu adalah 40 peratus daripada jumlah 900 premis di Terengganu yang terletak di kawasan 'hotspot' banjir seperti di daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.
"Bagaimanapun kakitangan Kemas di premis terbabit sudah bersedia dan telah membuat persiapan awal untuk menghadapi sekiranya berlaku banjir.
"Pegawai dan penyelia Kemas di setiap daerah telah menyenaraikan premis yang terdedah kepada risiko banjir dan saya sentiasa mengingatkan petugas agar memindahkan peralatan dan dokumen penting ke tempat selamat," beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Jom Masuk Kampung dan Festival Kesenian Islam Peringkat Negeri Terenganu 2022 di pekarangan Masjid Lapan Kubah, Kampung Lapan Kotak di sini hari ini.
Program tiga hari tersebut dirasmikan Pengerusi Felda yang juga Ahli Parlimen Besut Tan Sri Idris Jusoh.
KEMAS-BANJIR 2 (AKHIR) JERTIH
Faridah berkata kebanyakan guru di premis terbabit sudah biasa dan pernah terlibat dengan banjir menyebabkan tugas membuat persiapan tidak begitu sulit.
"Sebelum ini kami membuat persiapan dengan memindahkan peralatan penting lebih awal, tetapi berikutan perubahan jadual pembelajaran atau persekolahan yang berjalan sehingga bulan Mac menyebabkan para guru perlu sentiasa peka kepada keadaan cuaca semasa terutama apabila tiba musim tengkujuh.
"Sekiranya tadika atau taska terpaksa ditutup akibat banjir, kanak-kanak dijangka akan belajar secara dalam talian dari rumah kerana usaha memindahkan mereka ke lokasi sementara lain akan banyak menimbulkan kesulitan," katanya.
Sementara itu, mengenai Program Jom Masuk Kampung dan Festival Kesenian Islam Peringkat Negeri Terenganu 2022, beliau berkata pelbagai acara menarik disediakan kepada penduduk kampung oleh Kemas yang bertindak sebagai penyelia.
"Jelas wujud keserasian, kesepaduan dan kekeluargaan dalam program tiga hari bermula hari ini yang diisi dengan pelbagai acara seperti tilawah al-Quran, Pertandingan Daie Kemas, pertandingan nasyid, penyampaian cenderahati Ikon Warga Desa dan ziarah rumah penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Sebanyak 360 premis Tabika dan Taska Kemas dikenal pasti berisiko terjejas teruk sekiranya berlaku banjir besar di Terengganu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Keluarga Nur Umairah terima pampasan insurans
Keluarga Nur Umairah Syakirah Rosdi, murid Tadika Kemas di sini yang maut akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lepas, hari ini menerima pampasan insurans daripada Kemas.
Gotong-Royong Perdana 10,000 tadika serentak seluruh negara
Program tersebut yang melibatkan hampir 500,000 kanak-kanak di seluruh negara bertujuan untuk menanam nilai kebersihan serta kenegaraan.