355 ditahan ingkar SOP, berikut lima perkara penting kenyataan Hishammuddin pada 28 Julai

Astro Awani
Julai 28, 2021 18:38 MYT
Hishammuddin memaklumkan sebanyak 890 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan. - Gambar fail
PADA Rabu, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 19,315 anggota telah melaksanakan 85,520 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 28 Julai.
1) Gagal patuhi SOP, 52 premis membabitkan kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup serta merta.
2) Seramai 355 ditahan ingkar SOP, 330 dikompaun, 25 direman.
3) Op Benteng tangkap 17 orang Pati, rampas 25 buah kenderaan darat.
4) Sebanyak 890 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan.
5) Pada Rabu, 614 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan telah dikuarantin.
#PKP #PKPD #PKPB #PKPP #Op Benteng #COVID-19 #Hishammuddin Hussein
;