340,043 dos suntikan vaksin COVID-19 pada Selasa, kadar harian tertinggi direkodkan

Fareez Azman
Julai 7, 2021 14:23 MYT
Malaysia mencatatkan rekod baharu tertinggi dengan pemberian suntikan harian vaksin COVID-19 sebanyak 340,043 dos pada Selasa. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan rekod baharu tertinggi pemberian suntikan harian vaksin COVID-19 dengan sebanyak 340,043 dos diberikan pada Selasa.
Angka itu melepasi paras 300,000 selama dua hari berturut-turut seperti disasarkan untuk bulan Julai bagi Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula hujung Februari lalu.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-​19 (JKJAV), sehingga kini sebanyak 6,791,759 penerima dos pertama manakala 2,898,760 penerima dos kedua direkodkan menjadikan jumlah pemberian dos suntikan vaksin meningkat kepada 9,660,519.
Negeri Sarawak menjadi negeri tertinggi pemberian dos pertama iaitu sebanyak 1,254,639 manakala 357,574 penerima dos kedua.
Diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,231,055 dos pertama dan 269,472 penerima dos kedua.
Negeri Selangor pula mencatatkan 1,202,124 penerima dos pertama dan 390,420 penerima dos kedua.
Negeri lain pula mencatatkan pemberian dos seperti berikut:
Johor:
Dos pertama (487,566)
Dos kedua (300,175)
Perak:
Dos pertama (402,234)
Dos kedua (239,147)
Sabah:
Dos pertama (390,699)
Dos kedua (253,872)
Pulau Pinang:
Dos pertama (350,060)
Dos kedua (148,895)
Kedah:
Dos pertama (268,292)
Dos kedua (201,999)
Pahang:
Dos pertama (235,732)
Dos kedua (154,325)
Kelantan:
Dos pertama (234,984)
Dos kedua (161,785)
Negeri Sembilan:
Dos pertama (222,179)
Dos kedua (113,872)
Terengganu:
Dos pertama (185,858)
Dos kedua (104,018)
Melaka:
Dos pertama (169,781)
Dos kedua (78,319)
W.P Putrajaya:
Dos pertama (47,440)
Dos kedua (29,503)
Perlis:
Dos pertama (71,391)
Dos kedua (46,268)
W.P Labuan:
Dos pertama (37,725)
Dos kedua (19,116)
#Kuala Lumpur #Kedah #Pahang #Putrajaya #Negeri Sembilan #Perlis #COVID-19 #program vaksinasi #vaksin #suntikan #dos pertama #dos kedua #Labuan #PICK #Sabah #terengganu #Malaysia
;