34 cedera, 1 parah bas bawa pekerja asing terbabas
Bernama
Oktober 14, 2016 12:22 MYT
Oktober 14, 2016 12:22 MYT
Seramai 35 pekerja asing cedera termasuk seorang dilaporkan parah apabila bas pekerja yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Persiaran Selatan di sini pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya berkata kejadian pada kira-kira 7 pagi itu dipercayai berlaku akibat satu daripada tayar kenderaan itu pecah hingga hilang imbangan.
Bomba yang tiba di tempat kejadian pada 7.24 pagi membantu mengeluarkan mangsa daripada bas berkenaan.
"Kesemua mangsa digegaskan ke Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi. - Bernama