34,150 pelajar di Perak mula bersekolah 24 Jun ini
Abd Razak Mohd Ali
Jun 12, 2020 11:46 MYT
Jun 12, 2020 11:46 MYT
Seramai 34,150 murid dari 250 sekolah menengah di Perak akan memulakan pembelajaran apabila sekolah mula dibuka 24 Jun ini.
Mereka terdiri daripada 28,813 pelajar Tingkatan Lima dan 3,847 pelajar Tingkatan Enam Atas di samping 1,034 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan 456 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, dalam masa sama, seramai 2,305 pelajar akan kembali ke asrama masing-masing.
“Kita harap, pembukaan pembelajaran secara bersemuka ini adalah tanggungjawab secara kolektif, secara keseluruhan, daripada semua yang terlibat, termasuk ibu bapa, seperti dari segi penghantaran anak.
“Sebagaimana yang dimaklumkan, kementerian tidak membuat paksaan. Sekiranya ibu bapa rasa curiga untuk anaknya datang ke sekolah, maka kementerian atau kerajaan tidak memaksa.
“Juga, sekiranya ibu bapa merasakan anak-anak mereka dalam keadaan kesihatan yang mungkin mempunyai tanda-tanda ke arah COVID-19, mereka tidak digalakkan datang ke sekolah,” katanya.
Razman berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan simulasi pengurusan pembukaan semula sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Sekolah Raja Perempuan Ipoh, hari ini.
Pada Rabu, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sekolah untuk pelajar kelas peperiksaan awam SPM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara dibuat mulai 24 jun ini.
Menurutnya, ia melibatkan seramai 500,444 pelajar dan 2,444 sekolah menengah kebangsaan serta beberapa ratus sekolah antarabangsa di seluruh negara.
Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui pelaksanaan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah sejak April lalu.
Pengetua SMK Raja Perempuan Ipoh, Datin Rogayah Sukor
#asrama
#buka semula sekolah
#Exco
#exco Perak
#garis panduan
#guru
#Ipoh
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#MKN
#NGO
#operasi
#pelajar
#pendidikan
#peperiksaan
#Razman Zakaria
#sekolah
#SOP
#SPM