33 individu cuba rentas daerah antara 381 ditahan - Ismail Sabri
Umavathi Ramayah
November 22, 2020 16:39 MYT
November 22, 2020 16:39 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 33 individu yang cuba merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran adalah antara 381 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara yang ditahan adalah 96 pengunjung pusat hiburan, tidak memakai pelitup muka (80 individu), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69 individu), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (57 individu) dan lain-lain (46 individu).
"Daripada jumlah 381 individu yang ditahan, polis mengeluarkan kompaun ke atas 377 orang sementara empat lagi direman," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Ismail Sabri berkata, pasukan penguat kuasa juga melakukan pemantauan di 987 terminal pengangkutan darat, 268 terminal pengangkutan air dan 115 terminal pengangkutan udara.
Dalam pada itu, tambahnya, 2,569 pasukan pematuhan yang melibatkan 12,387 anggota telah membuat pemantauan di 3,617 pasar raya, restoran (4,858), penjaja (1,637), kilang (1,224), bank (3,356) dan pejabat kerajaan (471).
Sejak 24 Julai hingga 21 November lalu, kata beliau, seramai 72,182 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
"Daripada jumlah itu, 9,855 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 404 individu lagi dihantar ke hospital untuk rawatan.