JOHOR BAHRU: Sebuah premis pembuatan bahan berasaskan plastik di Taman Tan Sri Yaakob di sini, disiasat selepas disyaki gagal mematuhi peraturan penginapan bagi 325 pekerja asing di kilang itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kementerian Sumber Manusia (KSM) Mohd Asri Abdul Wahab berkata syarikat tersebut dikesan hanya menyediakan lima ruang penginapan di kawasan stor penyimpanan produk siap dengan purata setiap penginapan menempatkan kira-kira 65 pekerja.
Beliau berkata dalam Operasi Penguatkuasaan Khas Bersepadu yang dijalankan bersama pelbagai agensi termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul 2.30 petang tadi, pihak majikan juga dikesan melanggar beberapa hak asasi pekerja sejak 2021.
"Hari ini kita buka kertas siasatan dan kita ambil kenyataan pekerja dan juga majikan bagi mengenal pasti apakah kesalahan-kesalahan yang telah dibuat pihak majikan, dengan setiap unit kediaman boleh dikenakan kompaun maksimum RM50,000.
"Menerusi operasi dijalankan tadi, saiz ruangan penginapan disediakan hanya sesuai untuk kegunaan seramai enam orang pekerja sahaja dengan sebuah unit bilik air. Malah pekerja juga tidak disediakan lokar berkunci untuk menyimpan barangan peribadi termasuk pasport mereka," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di premis berkenaan di sini hari ini.
Mohd Asri berkata majikan turut dikesan tidak menyediakan katil untuk pekerja selain terdapat bilik mandi tidak berdinding dan berada bersebelahan dengan dapur tempat memasak.
"Bilik digunakan untuk tidur juga adalah kawasan memasak dengan barangan seperti bawang dan cili juga disimpan bersama-sama. Peti ais juga ada di dalam bilik tidur," katanya sambil menambah serbuan itu hasil aduan awam yang diterima pihaknya daripada pelbagai sumber.
Menurut beliau, setelah aduan-aduan berkenaan diterima, pihaknya menjalankan serbuan dan tindakan akan diambil sekiranya benar berlaku pelanggaran akta oleh majikan yang terlibat.
"Kebiasaannya serbuan kita hasil risikan pegawai dan anggota, aduan pekerja asing sendiri melalui kedutaan mereka atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dengan isu-isu hak asasi manusia," katanya.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pihak majikan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).
Mohd Asri berkata sejak Januari tahun ini sehingga kini, KSM telah membuka sebanyak 326 kertas siasatan dengan 187 daripadanya telah dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM1.9 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Majikan turut dikesan tidak menyediakan katil untuk pekerja selain terdapat bilik mandi tidak berdinding dan berada bersebelahan dengan dapur tempat memasak. - Gambar/ Sinar Harian

Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedudukan dalam Kabinet - Loke
Semua anggota Kabinet sedia ada dalam DAP kekal, selain tiada rombakan yang akan dicadangkan parti susulan pemilihan CEC.

Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan adab, bukan konotasi negatif
Isu mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun perlu dihujahkan dengan adab dan wibawa yang tinggi.

IWK bakal hasil baja organik bagi tanaman makanan
Penghasilan baja tersebut merupakan satu usaha CSR IWK, sebagai inisiatif pemulihan sumber bagi menjana kelestarian untuk masa depan hijau.

MAHB komited tangani aktiviti penyeludupan hidupan liar di KLIA
MAHB komited tangani penyeludupan hidupan liar di KLIA melalui langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan.

Ops Khas HRA 2025: JPJ pantau lebih 15 'hotspot' di Kelantan
Jabatan Pengangkutan Jalan akan memantau lebih daripada 15 kawasan 'hotspot' di seluruh Kelantan menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 yang akan bermula pada 24 Mac hingga 8 April ini.

SUKMA 2026: Lima sukan tambahan dijangka dimuktamad selepas Aidilfitri - Exco
Selangor dijangka memuktamadkan lima sukan tambahan yang bakal dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Amalkan sikap tabayyun demi keharmonian masyarakat - Mohd Na'im
Mohd Na'im seru umat Islam amalkan sikap sabar, berfikiran terbuka dan menyelesaikan perbezaan dengan hikmah serta menggunakan saluran yang betul.

Sarawak kaji semula Pelan Induk Elektrik 2025-2030
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta SEB sedang mengkaji semula Pelan Induk Elektrik Sarawak 2025-2030 bagi memastikan usaha elektrifikasi penuh secara menyeluruh.

UMK lancar pelan strategik kekal relevan sebagai universiti keusahawanan
UMK bakal melancarkan Pelan Strategik UMK30 yang berteraskan inovasi, keusahawanan dan pengantarabangsaan bagi memastikan institusi itu kekal relevan dengan keperluan semasa.

Tribunal Hak Cipta Malaysia mula dengar kes pertama 19 Mac
Malaysia bakal menyaksikan kes pertama dibawa ke Tribunal Hak Cipta pada 19 Mac ini, menandakan satu perkembangan penting dalam usaha melindungi hak cipta di negara ini.

Hanya 3.62 peratus projek bawah JKR dikategorikan sebagai sakit - Ahmad Maslan
Hanya 3.62 peratus atau 29 daripada 801 projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu
Seorang pengarah urusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan resit Jabatan Imigresen Malaysia palsu, dua tahun lepas.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Bot terdampar di Tanjung Langsat, tiga pekerja asing ditemukan lemas
Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut dan terdampar di Pantai Tanjung Langsat.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.