323 individu ditahan dalam Operasi HAWK di Pahang

Bernama
Julai 13, 2024 14:45 MYT
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata operasi membabitkan 17 pegawai dan 101 anggota itu telah menyerbu 193 kawasan hotspot di seluruh negeri ini. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Polis menahan 323 individu dan merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai lebih RM97,000 dalam Operasi HAWK selama empat hari yang berakhir semalam.

Ringkasan AI
  • Polis menahan 323 individu dan merampas dadah bernilai lebih RM97,000 dalam Operasi HAWK selama empat hari di Pahang.
  • Operasi melibatkan 17 pegawai dan 101 anggota menyerbu 193 kawasan hotspot, menahan 319 lelaki dan empat perempuan berumur 16 hingga 63 tahun.
  • Rampasan termasuk dua kenderaan dan wang tunai RM30,600, dengan kesalahan melibatkan 42 pengedaran, 77 pemilikan dadah, dan 204 urin.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata operasi membabitkan 17 pegawai dan 101 anggota itu telah menyerbu 193 kawasan hotspot di seluruh negeri ini.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 319 lelaki dan empat perempuan berumur lingkungan 16 hingga 63 tahun.
"Daripada jumlah itu, 42 tangkapan di bawah kategori kesalahan bekalan atau pengedaran, 77 kesalahan memiliki dadah dan 204 berkaitan kesalahan urin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata melalui operasi itu juga, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang menahan lapan lelaki yang dikehendaki berkaitan kesalahan dadah.
Noor Hisam berkata dadah dirampas dianggar bernilai RM97,147 selain dua kenderaan dan wang tunai berjumlah RM30,600 turut disita dalam operasi berkenaan.
-- BERNAMA
#polis tahan #Operasi HAWK #Pahang #Dadah