32,000 pekerja warga asing dibawa masuk untuk bekerja di ladang - Zuraida

Bernama
Oktober 16, 2021 17:06 MYT
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu berikutan rakyat tempatan tidak mampu mengisi kekosongan dalam bidang tersebut. - Foto BERNAMA
JITRA: Kerajaan baru-baru telah memutuskan untuk membawa masuk seramai 32,000 warga asing untuk bekerja di sektor perladangan.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu berikutan rakyat tempatan tidak mampu mengisi kekosongan dalam bidang tersebut.
"Kalau tak bawa pekerja asing untuk tuai kelapa sawit misalnya ia akan terbiar dan kita akan rugi.Memandangkan harga komoditi tinggi kita kena 'catch up' dan pekebun akan dapat hasil yang lebih.
"Hasil jualan minyak sawit dijangka akan naik kira-kira 40 peratus dan ia mampu memberi pulangan kira-kira RM20 bilion kepada negara sebelum hujung tahun ini," katanya sebagai dipetik Bernama.
Zuraida sebelum ini dilaporkan berkata perkara itu telah diluluskan oleh Kabinet dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan.
Beliau turut berkata, kemasukan pekerja asing perlu disegerakan bagi meningkatkan eksport negara memandangkan harga komoditi kini menunjukkan peningkatan walaupun berada dalam pandemik COVID-19.
#Sektor Perladangan #kerja ladang #Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi #Zuraida Kamaruddin
;