315 daripada 4,683 pesakit COVID-19 di Malaysia kanak-kanak bawah 14 tahun

Bernama
April 16, 2020 05:21 MYT
Golongan usia 20 hingga 24 tahun paling ramai dijangkiti COVID-19, diikuti mereka berusia 25 hingga 29 tahun dan pesakit berumur 56 hingga 59 tahun,
Kira-kira enam peratus atau 315 daripada 4,683 pesakit COVID-19 di Malaysia merupakan golongan berusia di bawah 14 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 83 pesakit merupakan kanak-kanak di bawah usia empat tahun, dan jumlah sama direkodkan pesakit berusia lingkungan lima hingga sembilan tahun dan baki 149 lagi adalah pesakit berusia antara 10 dan 14 tahun.
"Jika pesakit kanak-kanak ini mendapat jangkitan sekali dengan ibu atau ayah mereka, pesakit akan ditempatkan di dalam wad atau bilik yang sama.
"Kalau kanak-kanak ini dijangkiti, sementara ibu bapa mereka tidak dijangkiti tetapi ibu bapa ingin menjaga anak mereka, kita benarkan," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini pada Khamis.
BACA: 59 juta unit PPE diperlukan sebulan
BACA: COVID-19: KKM pantau pelajar tahfiz
BACA: COVID-19: KKM masih perlukan sumbangan PPE
BACA: COVID-19: Kanak-kanak 13 dan 5 tahun antara korban termuda di UK
BACA: PKP dan COVID-19: Kanak-kanak lagi "stress" daripada orang dewasa
Beliau berkata ibu atau bapa yang ingin menjaga anak mereka yang positif COVID-19, digalakkan untuk memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Mengulas lanjut, beliau berkata golongan usia 20 hingga 24 tahun paling ramai dijangkiti COVID-19, iaitu seramai 526 orang, diikuti mereka berusia 25 hingga 29 tahun (495) dan pesakit berumur 56 hingga 59 tahun sebanyak 453 kes.
-- BERNAMA
#anak #COVID-19 #ibu bapa #jangkitan #Kanak-kanak #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #peralatan perlindungan peribadi #pesakit #PPE
;