KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 312 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikenakan kompaun.

Berikut adalah lima tumpuan dalam sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.:

1) Seramai 312 individu ditahan dan dikompaun atas kesalahan ingkar arahan SOP PKP. 

2) Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Perumahan Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah  bermula 27 November 2020 sehingga 10 Disember 2020.

3)  PKPD turut diisytihar di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah mulai 27 November 2020 sehingga 10 Disember 2020.



4) Satu pasukan khas diwujudkan bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove.

5) Kerajaan bersetuju menjalankan program isolasi melibatkan seramai 360 orang pekerja MAS Kargo di KLIA yang sihat, tidak bergejala dan disahkan negatif.