31 kilang diarah tutup, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Julai 26, 2021 19:43 MYT
Secara kumulatifnya, sebanyak 34,087 operasi disinfeksi merangkumi 157 zon dilakukan sejak 30 Mac 2020. - Gambar fail
TASK Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 74,561 pemeriksaan pada Ahad, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia melibatkan 4,224 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,894 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media ISmail Sabri hari ini:
1) 31 kilang diarahkan tutup kerana langgar SOP.
2) 438 individu ditahan ingkar SOP, 434 dikompaun, 4 direman.
3) Op Benteng tangkap lima PATI, rampas lima buah kenderaan darat.
4) 890 Sekatan Jalan Raya (SJR) dijalankan.
5) 156 operasi disinfeksi dilaksanakan di seluruh negara.
#PKP #PKPP #PKPB #PKPD #ismail sabri yaakob #Timbalan Perdana Menteri
;