3 negeri masih terjejas akibat banjir
Astro Awani
Februari 27, 2013 07:13 MYT
Februari 27, 2013 07:13 MYT
Perkembangan banjir menyaksikan tiga negeri masih terjejas akibat bencana.
Setakat 6.30 pagi tadi, sejumlah 3,984 mangsa masih berada di pusat pemindahan banjir di Terengganu, Kelantan, dan Perak.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 2,334 orang.
Kelantan pula meningkat 1,466 mangsa manakala Perak kekal seramai 184 orang.
Dalam pada itu, pusat pemindahan banjir di Selangor sudah ditutup selepas kesemua 190 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sehingga kini, enam jalan ditutup di Kelantan, satu di Terengganu dan dua di Selangor.
Antaranya jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh, Jalan Pasir Puteh, Gong Kelih, Jalan Sungai Tong-Kuala Berang, dan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.