3 anak yatim Palestin ditaja rakyat Malaysia terkorban dalam serangan Zionis

Gempak
November 8, 2023 14:08 MYT
Anak-anak syurga itu adalah Abedallah Shikh Eid, Ali Ali Al Nashar dan Baker Mohammed Baker Al Nams.Ketiga-tiga mereka berusia 17 tahun. - Gempak
TIGA anak yatim Palestin yang ditaja rakyat Malaysia dikhabarkan telah pergi buat selamanya selepas terkorban dalam serangan Zionis ke atas Gaza semalam.
Anak-anak syurga itu adalah Abedallah Shikh Eid, Ali Ali Al Nashar dan Baker Mohammed Baker Al Nams. Ketiga-tiga mereka berusia 17 tahun.
Perkhabaran tersebut disampaikan oleh pemilik platform X, Zulfadhli Zin dan disahkan oleh akaun MyCARE.

Menerima berita sedih buat rakyat Malaysia. 3 anak yatim yang rakyat Malaysia sponsor tiap bulan menjadikan anak angkat, telah pergi selamanya. Terkorban Pihak @mycarehq dah maklumkan kepada parent angkat mereka di Malaysia. Sama-sama kita doakan dan salam takziah. pic.twitter.com/KPqvaKyq9l

— Zulfadhli Zin (@byzulfadhlizin) November 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Menerima berita sedih buat rakyat Malaysia. Tiga anak yatim (dari Palestin) yang ditaja Malaysia setiap bulan dan dijadikan anak angkat, telah pergi selamanya.
“Pihak @mycarehq dah maklumkan kepada parents angkat mereka di Malaysia. Sama-sama kita doakan dan salam takziah,” tulisnya.
Menerusi balasan-balasan di hantaran itu, ramai dalam kalangan pengguna media sosial mendoakan kesejahteraan roh anak-anak itu, selain membaca Al-Fatihah buat roh mereka.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
#perang Palestin Israel #anak angkat warga Palestin #rakyat Malaysia #serangan Zionis #Gaza
;