ALOR GAJAH: Sebanyak 3,633 ketua isi rumah (KIR) di Melaka berstatus miskin tegar dengan jumlah pendapatan isi rumah pada kadar RM1,289 sebulan direkodkan berdasarkan data e-Kasih setakat Disember tahun lepas.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, situasi berkenaan agak membimbangkan kerana sebelum ini Melaka merupakan negeri berstatus sifar miskin tegar sama ada miskin tegar bandar atau miskin tegar luar bandar.
Beliau berkata, peningkatan jumlah KIR berstatus miskin tegar itu ekoran Melaka kini perlu mengguna pakai kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 iaitu jumlah pendapatan isi rumah pada kadar RM1,289 sebulan dan pendapatan per kapita RM337 sebulan.
"Situasi ini berlaku ekoran peningkatan Pendapatan Garis Kemiskinan Nasional (PGKN) bagi KIR baru-baru ini sekali gus memberi impak besar kepada Melaka.
"Justeru pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan akan diwujudkan untuk membantu meningkatkan ekonomi KIR di negeri ini sekali gus keluar daripada status miskin tegar," katanya kepada pemberita selepas Program 'I Care For You' Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Pejabat Pembangunan negeri juga sedang merangka pelbagai inisiatif baharu berbentuk program jangka masa pendek dan panjang bagi mentransformasi pendekatan membasmi kemiskinan di negeri itu pada masa hadapan.
Katanya menerusi usaha itu, pihaknya berharap Melaka dapat kembali mencapai sifar miskin tegar menjelang 2025.
Terdahulu, Sulaiman berkata Program 'I Care For You' akan diperluaskan ke 28 DUN di negeri ini bagi membantu golongan miskin, miskin tegar, orang kurang upaya, pesakit kronik dan mangsa bencana di negeri itu meliputi bantuan wang tunai dan peralatan serta barangan kesihatan.
Beliau berkata pada program berkenaan, sebanyak 40 KIR yang berstatus miskin dan miskin tegar di DUN Lendu menerima sumbangan wang tunai RM500 setiap seorang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua, kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan pada Program 'I Care For You' Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu hari ini. - Bernama
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
RM254.3 juta diperuntukkan bagi program basmi miskin tegar di Johor
Atas inisiatif itu, pihaknya dimaklumkan jumlah miskin tegar di negeri ini telah turun daripada 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Mac lepas kepada 3,270 KIR Ogos tahun ini.
Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah Miskin yang hilang punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia akan melibatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.
Kerajaan negeri Sarawak tidak pilih kasih salurkan bantuan - Fatimah Abdullah
Semua rakyat negeri Sarawak yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibantu tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.