3,000 lagi peserta jemaah tabligh tiada di Malaysia - Dr Noor Hisham

Astro Awani
April 4, 2020 18:40 MYT
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , sebahagian mereka dipercayai berada di Indonesia dan India.
Kira-kira 3,000 lagi peserta jemaah tabligh dipercayai tiada di Malaysia dan dipercayai berada di luar negara.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , sebahagian mereka dipercayai berada di Indonesia dan India.
Menurut beliau, mereka bagaimanapun disaran melakukan saringan kesihatan bagi mencegah penularan COVID-19.
"Masih ada kira-kira 3,000 orang daripada kumpulan itu. Kita percaya sebahagian mereka tiada dalam negara, sebahagian lagi mungkin di Indonesia dan mungkin juga di India.
"Kami percaya mereka berada di sana. Namun kami sedang menjejaki mereka dengan sebaik mungkin. Kami menyarankan mereka melakukan saringan kesihatan terutama mereka yang hadir himpunan tabligh di Sri Petaling," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
BACA: Malaysia catat empat lagi kematian, 150 kes baharu, 88 kes pulih
Justeru katanya, KKM telah bekerjasama dengan polis bagi menjejak kesemua mereka.
"Jadi saya rasa mereka yang pakar dalam perkara ini. Kita juga bekerjasama dengan NGO yang terlibat untuk menjejaki mereka," tambahnya.
#COVID19 #Dr Noor Hisham Abdullah #India #Indonesia #kesihatan #KKM #koronavirus #Malaysia #NGO #Noor Hisham Abdullah #tabligh
;