MELAKA: Seramai 3,000 peserta dijangka memeriahkan perarakan sempena Malam Aneka Warna Pengisytiharan Kemerdekaan bagi mengimbas kembali peristiwa dan detik penting ketibaan rombongan diketuai Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Banda Hilir pada 20 Feb 1956 bagi pengumuman tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Timbalan Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, perarakan itu akan melakonkan semula peristiwa 68 tahun lepas yang bermula di menara jam di Dataran Stadthuys hingga ke pekarangan Memorial Pengisytiharan Banda Hilir.
"Perarakan ini akan berkisarkan sejarah sebenar ketika peristiwa Pengumuman Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sekembalinya rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dengan menggunakan kenderaan sama dinaiki beliau.
"Rombongan yang pulang dari Kota London ini mendapat sambutan meriah rakyat dan diarak dengan diiringi kumpulan pemuda bermotosikal serta kereta ke Padang Banda Hilir dan peristiwa itu akan diterjemah sama seperti yang berlaku pada perarakan tersebut," katanya kepada pemberita, di sini, pada Khamis.
Terdahulu, beliau merasmikan Pameran Lukisan Splendid Melaka Colourful of Malaysia dan Pameran Foto Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia di Balai Seni Lukis Melaka.
Zaidi juga berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Muzium Melaka menggalakkan pameran seumpama itu sebagai antara tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Balai Seni Lukis Melaka sekali gus merancakkan Tahun Melawat Melaka 2024.
Beliau berkata, pameran itu juga dapat memberi ruang dan peluang kepada artis mengembangkan bakat serta kreativiti masing-masing.
Pameran Lukisan Splendid Melaka Colourful of Malaysia oleh Allen Tan itu bermula hari ini hingga 30 April depan dengan menampilkan 62 lukisan yang menterjemah tema seperti alam semula jadi, kehidupan dan masyarakat tempatan serta flora dan fauna selain gaya realisme, impresionis, semi abstrak dan abstrak.
- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Zaidi (kiri) menerima cenderamata lukisan daripada Allen Tan (kanan) selepas menyempurnakan perasmian Pameran Lukisan Splendid Melaka Colorful of Malaysia di Balai Seni Lukis Melaka di Banda Hilir pada Khamis. - Gambar Bernama

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Seperti tahun sebelumnya, Sarawak terus kekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

IOI Properties rai hubungan Malaysia-China dengan penganjuran majlis budaya
IOIPG dan Visit IOI Resort City rai hubungan unik Malaysia - China dengan penganjuran China dan M'sia - A Celebration of Culture, Tradition and Culinary Excellence

KLTA seru kerjasama industri lebih kukuh menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Presiden KLTA Syed Azhar Syed Nadzir berkata kerjasama itu penting dalam mewujudkan ekosistem pelancongan yang mampan.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

Pahang nafi abai Cherating, tidak seimbang promosi destinasi pelancongan
Pahang menafikan berlakunya ketidakseimbangan promosi beberapa destinasi pelancongan di negeri berkenaan.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.