#2kerja: Netizen tidak selesa dengan cadangan Ahmad Maslan
Nizam Bakeri
Disember 27, 2015 18:25 MYT
Disember 27, 2015 18:25 MYT
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini menyatakan dua pekerjaan bagi rakyat bukan sesuatu yang luar biasa, malah turut dilakukan kebanyakan rakyat di negara-negara utama.
Hashtag #2kerja yang mula dipopularkan akaun Twitter Astro AWANI, @501Awani, pada 21 Disember lalu telah mendapat perhatian warga media sosial dan digunakan untuk meluahkan pandangan mereka terhadap kenyataan terbaharu Ahmad Maslan.
Dua kerja hadkan masa
Rata-rata netizen menekankan kesan dua kerja terhadap masa yang bakal diluangkan bersama keluarga sebagai faktor utama menolak cadangan tersebut.
Akur dengan tekanan ekonomi
Terdapat juga netizen yang akur dengan realiti yang dikemukakan oleh Ahmad Maslan dan bersetuju bahawa dua kerja merupakan satu keperluan untuk memenuhi tuntutan hidup.
Ahmad Maslan disindir
Netizen juga melahirkan rasa tidak setuju dengan cadangan tersebut melalui twit bernada sinis.
Polisi syarikat
Ada juga netizen yang mempersoalkan cadangan tersebut dari sudut polisi syarikat kerana terdapat sesetengah syarikat yang tidak membenarkan para pekerja untuk terlibat dengan kerja sambilan.