#2kerja: 67 peratus netizen tolak dua kerja sebagai azam tahun baharu

Nizam Bakeri
Disember 28, 2015 19:25 MYT
Undian kelolaan AWANI menunjukkan majoriti netizen tidak bersetuju untuk melibatkan diri dengan dua kerja menjelang tahun 2016.
Tekanan kos sara hidup belakangan ini telah memaksa masyarakat untuk melibatkan diri dalam dua pekerjaan atau lebih.
Isu ini bertambah hangat setelah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa dua kerja merupakan amalan biasa bagi rakyat di negara-negara utama.
BACA: 'Tarik segera cadangan #2kerja' - MTUC
BACA: 'Produktiviti kakitangan awam akan terjejas jika buat #2kerja' - CUEPACS
Kenyataan ini telah mengundang reaksi negatif warga media sosial yang rata-rata menekankan faktor kualiti masa bersama keluarga dan mutu kerja sebagai dua faktor utama menolak cadangan Ahmad Maslan.
Menerusi hashtag #2kerja, Astro AWANI telah pun menjalankan tinjauan sama ada rakyat sudah bersedia untuk menjadikan dua kerja sebagai azam tahun baharu.
Keputusan undian menunjukkan 67.4 peratus netizen tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Manakala kira-kira 27.6 peratus netizen bersetuju untuk menjadikan dua kerja sebagai azam menjelang tahun 2016.
4.98% netizen memilih untuk berkecuali.
##2kerja #2kerja #Ahmad Maslan #Kini Trending
;