290 individu ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin

Astro Awani
Julai 31, 2021 17:39 MYT
KPDNHEP juga telah melakukan 1,852 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, kesemua premis mematuhi SOP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,990 anggota telah melaksanakan 209,879 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 31 Julai.
1) Gagal patuh SOP, 61 premis diarahkan tutup serta merta.
2) 290 individu ditahan ingkar SOP, 219 dikompaun, 71 direman.
3) Op Benteng tangkap 52 PATI, rampas sebuah kenderaan darat.
4) Pada 30 Julai, 890 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan.
5) 881 tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada 30 Julai, semua dikuarantin.
#PKP #PKPP #PKPB #PKPD #SOP #langgar SOP #Hishammuddin Hussein
;