KUALA LUMPUR: Sejumlah 29 atau empat peratus daripada 672 batang sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata data itu berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mendapati Indeks Kualiti Air (IKA) bagi sungai-sungai berkenaan berada dalam kategori tercemar bagi tempoh itu.
"Dalam menangani isu pencemaran sungai-sungai ini, yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa kimia, ladang ternakan haiwan dan perlombongan, kementerian melalui JAS telah mengambil pelbagai langkah termasuk di peringkat penguatkuasaan, perancangan dan kajian.
"Antara langkah yang dilaksanakan adalah mempertingkatkan penguatkuasaan bagi punca-punca pencemaran tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127); memastikan projek-projek pembangunan berlandaskan EIA (penilaian impak alam sekitar); mengenal pasti lokasi aduan; dan operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai senarai terkini sungai tercemar di Malaysia dan sejauh manakah kementerian tegas dalam menangani isu pencemaran sungai dalam negara pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Nik Nazmi berkata JAS akan menjalankan pengawasan kualiti air secara berterusan melalui Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar dan terdapat 30 stesen pengawasan automatik serta 1,353 stesen pengawasan manual bagi pemantauan kualiti air sungai di seluruh negara.
"Kementerian akan meningkatkan penggunaan data dan maklumat pengawasan kualiti air sungai untuk merancang dan menyusun strategi penguatkuasaan dalam memastikan isu ini dapat ditangani dengan berkesan dan keseimbangan sistem ekologi dapat dikekalkan.
"Selain itu, kementerian juga sedang menjalankan kajian bagi memperkenalkan pendekatan baharu untuk mengawal pencemaran sungai melalui kaedah Total Maximum Daily Load (TMDL)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Nik Nazmi berkata JAS akan menjalankan pengawasan kualiti air secara berterusan. - Gambar/ Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.

Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.

Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.

Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.