29 kenderaan VIP meninggalkan Istana Negara
Hasimi Muhamad
Februari 23, 2020 20:05 MYT
Februari 23, 2020 20:05 MYT
Sekurang-kurangnya 29 buah kenderaan golongan kenamaan (VIP) telah meninggalkan perkarangan Istana Negara, sebentar tadi.
Kesemua kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard itu dilihat keluar dari jam 7.15 dan 7.27 malam selepas hampir dua jam berada di dalam Istana Negara.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga disahkan tiba di Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara,.
Ia susulan desas-desus bahawa kemungkinan Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Namun, Astro AWANI setakat ini masih belum dapat mengesahkan sama ada kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tiba atau sebaliknya di Istana Negara.
Sebelum ini, dilaporkan lebih 40 kenderaan VIP tiba secara berasingan di Istana Negara kira-kira pukul 5.35 petang tadi.