29,239 individu jalani Program Saringan COVID-19 di Selangor - Amirudin

Astro Awani
Mei 23, 2021 10:07 MYT
Program saringan percuma itu adalah inisiatif kerajaan negeri yang dilaksanakan di 56 DUN bermula 8 Mei hingga 10 Jun depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sehingga 22 Mei, seramai 29,239 individu telah menghadiri Program Saringan COVID-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 1,494 individu disyaki positif.
Sehingga kini sebanyak 18 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara percuma.
"Setakat 22 Mei 2021 (semalam), seramai 29,239 individu telah menghadiri Program Saringan COVID-19 oleh Kerajaan Negeri. Seramai 1,494 individu disyaki positif.
"Sertai ujian saringan ini dan pra-daftar di https://screening.selangkah.my/login atau gunakan SELangkah," katanya menerusi akaun Twitter.

Setakat 22 Mei 2021 (semalam), seramai 29,239 individu telah menghadiri Program Saringan COVID-19 oleh Kerajaan Negeri. Seramai 1,494 individu disyaki positif. Sertai ujian saringan ini dan pra-daftar di https://t.co/6TgpAhcdZn atau gunakan SELangkah. #SelangorGempurCOVID19 pic.twitter.com/7UiHbrFrAo

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Program Saringan COVID-19 secara percuma ini bermula pada 8 Mei lalu di DUN Kajang dan Semenyih melibatkan 1,681 individu.
Sebelum ini, Amiruddin menjelaskan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 secara percuma adalah antara penyumbang kepada jumlah kes positif yang tinggi di negeri itu.
Program saringan percuma itu adalah inisiatif kerajaan negeri yang dilaksanakan di 56 DUN bermula 8 Mei hingga 10 Jun depan.
#Selangor #Program Saringan COVID-19 #Amirudin Shari #Menteri Besar #saringan percuma #COVID-19 #kes positif