279 mangsa banjir di Sarawak, Johor dipindahkan

Bernama
Januari 2, 2016 03:04 MYT
Antara rumah yang terjejas akibat banjir sekitar kawasan kampung di Mukim Sri Gading, dekat Ayer Hitam, sejak Sabtu lepas. Sehingga pukul 5 petang ini, seramai 365 orang daripada 103 keluarga dari beberapa kampung di Mukim Sri Gading.= Gambar Bernama
Seramai 279 mangsa banjir dipindahkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Johor setakat jam 10 pagi tadi.
Menurut portal Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi yang dipindahkan membabitkan 205 mangsa manakala Johor 74 mangsa.
Di Sarawak, enam pusat pemindahan banjir telah dibuka.
Daripada jumlah itu, empat pusat pemindahan dibuka di Kuching dengan menempatkan 116 mangsa dan membabitkan 24 keluarga adalah Surau Nurul Huda, Balairaya Kampung Paon, Pusat Gerakan TBB Desa Wira dan Dewan Masyarakat Kg Jangkar.
Manakala dua pusat pemindahan di Kota Samarahan iaitu Surau Darul Hadhari dan Dewan Suarah Kota Samarahan yang menempatkan 20 keluarga terdiri daripada 89 mangsa.
Sementara itu di Johor, dua pusat pemindahan banjir dibuka, masing-masing satu di Segamat dan Ledang..
Sejumlah 52 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Balai raya Kampung Orang Asli Segamat Kechil dan 22 mangsa daripada 5 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sialang..
#banjir #Samarahan #Siti Huzaimah Ibrahim