27,544 murid Tahun Satu di Kelantan mula sesi persekolahan hari ini
Bernama
Januari 3, 2016 08:28 MYT
Januari 3, 2016 08:28 MYT
Seramai 27,544 murid Tahun Satu di Kelantan akan memulakan sesi persekolahan 2016 hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah berkata mereka akan memulakan persekolahan di 418 sekolah rendah di seluruh negeri ini.
"Jumlah keseluruhan murid sekolah rendah (Tahun Satu hingga Tahun Enam) bagi sesi persekolahan 2016 ialah seramai 172,847 orang di seluruh negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.
Ab Aziz berkata seramai 114,010 pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam juga akan memulakan sesi persekolahan 2016 hari ini di 592 sekolah menengah di seluruh negeri ini.
Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan akan bermula pada 7.40 pagi manakala sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan bermula 8 pagi seperti yang diumumkan kerajaan Kelantan baru-baru ini.