26 tahun 'lubuk goyang' beroperasi, pendapatan RM1 juta sebulan

Astro Awani
Mac 31, 2018 13:57 MYT
Ujian air kencing mendapati 76 individu termasuk 22 wanita positif dadah - Foto Astro AWANI
76 individu termasuk 22 wanita ditangkap kerana positif dadah dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Ipoh dan Jalan Pudu dalam Ops Bah siri 43 malam tadi.
Ops Bah siri 43 itu dilancarkan kira kira jam 11 malam dengan kekuatan 320 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO itu mengejutkan lebih 200 pengunjung pusat hiburan.
Menurut ketua penyelaras Ops Bah, Azman Mahmood salah sebuah pusat hiburan itu menawarkan GRO asing pada harga RM300 untuk 4 jam.
“Kita dapati kawasan ini memang ada masalah dadah dan kita dapati ada serbuk dadah yang kita temui tadi.
“26 tahun hingga sekarang pendapatan sebulan RM1 juta, dan GRO kita dapati keuntungan lebih kurang RM800 dalam empat hari” jelas Azman.
Dalam operasi itu 24 individu beragama Islam turut diberi sesi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Seorang penjaga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan selain 3 wanita warga China yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
70 botol arak dan 373 karton bir disita pihak kastam kerana kesalahan di bawah Seksyen 32 (1) Akta Eksais 1976.
#arak #Dadah #GRO #hiburan #Ops Bah
;